Ya, emas adalah wang yang sebenar. Wang kertas yang anda pegang itu juga memang wang, yang diperakui nilainya oleh kerajaan yang memerintah. Tetapi ia bersandarkan apa?
Bukan semua yang mempunyai takrifan perlu ada unit yang disandarkan, sebagai contoh :
Masa = s (saat)
Panjang = m (meter)
Berat = g (gram)
Wang kertas = ?
Tiada. Ya, tiada sandaran sepertimana yang diwar-warkan sesetengah pihak, bahawa wang kertas dicetak berdasarkan rizab emas negara. Jika benar, mengapa inflasi terus berlaku dan mengapa wang kertas terus susut nilai dari semasa ke semasa?
Inilah yang membuktikan emas adalah wang yang sebenar. Ia adalah penyimpan nilai yang baik. Sebab itu selamat siapa yang menganggap emas sebagai simpanan. Selalu saya jumpa, orang yang menganggap emas sebagai pelaburan, kecewa bila nak jual dalam jangka masa pendek, kerana graf emas sedang menurun dan belum melepasi harga yang dibelinya dulu jika jual.
Inilah yang sering terjadi akibat ingin keuntungan jangka masa pendek. Namun tidak dinafikan, ramai juga yang berjaya menjadi pelabur yang baik dengan pelbagai teknik dan menambah jumlah simpanan emas mereka. Tidak salah.
Tetapi bagi saya yang sibuk dan tidak ada masa hendak mengadap harga emas dan graf turun-naiknya, lebih selesa menjadi penyimpan emas. Beli-simpan-tidur dengan lena. Pejam celik selepas beberapa tahun, emas pun makin bertambah hasil pembelian secara konsisten dan harganya pun makin naik.
Keep consistent saving gold at least 1 g every month !!
Wednesday, 24 December 2014
Tuesday, 23 December 2014
Emas sebagai Simpanan @ Pelaburan?
Simpanan emas memainkan peranan sama seperti fungsi wang kertas yang disimpan di dalam bank, amanah saham dan unit trust. Sudah tentu kita ingin menyimpannya lama kerana ia adalah untuk jaminan kewangan masa depan dan keperluan tertentu seperti tabungan pendidikan anak2 dan tujuan kecemasan. Simpanan emas bersifat jangka masa panjang, mungkin boleh dikatakan melebihi 10 tahun. Jangka masa sederhana pula sekitar 4-5 tahun.
"Saya ingin membeli emas, nanti harga dah naik, saya nak jual"
Kenyataan ini biasa diajukan kepada saya.
Ya, inilah yang dinamakan pelaburan. Jual emas selepas kenaikan harga. Prinsip ini dinamakan 'buy low, sell high'.
Biasanya saya akan ditanya kembali "dapat duit hasil jualan emas tersebut, nak buat apa?" Jika disalurkan kepada sesuatu yang berharga juga seperti membeli aset lain seperti rumah, tanah dan nak buat modal bisnes. Itulah sebaiknya.
Ada juga yang menjual semasa harga tinggi dan merancang untuk membeli semula semasa harga rendah. Tidak sesuai untuk orang yang tidak ada kemahiran dan sibuk macam saya sebab saya suka beli dan tunggu, bukan tunggu baru beli tau :) Kalau dah beli pun saya buat2 tak ingat, tak adalah nak tengok harga selalu. (Tapi memang awal2 beli emas dulu saya pun teruja hari-hari nak tengok harga emas naik atau tidak. Masa tu kurang ilmu lagi).
Jadi, pesanan saya pada orang baru, mahupun lama yang suka sangat tengok harga emas hari-hari tu, cubalah kurangkan, lainlah kalau nak menjual, memang kena tengok.
Sebenarnya, bila kita anggap emas sebagai simpanan, tidak semestinya kita tidak membuat pelaburan. Sebagai contoh :
Arif beli & simpan untuk diri sendiri. Beli & simpan 20g setahun untuk menampung kos perkahwinan. Tahukah anda, 100g emas cukup untuk sebuah perkahwinan yang sederhana.
Beli & simpan 10g setahun untuk menunaikan haji. Tahukah anda bilangan dinar yang diperlukan untuk pergi menunaikan haji semakin berkurangan, jadi anda sudah jimat.
Semua yang disebutkan diatas adalah perancangan untuk masa depan kita dan bersifat "long term" (jangka masa panjang). Kalau mampu simpan lebih, simpan lebih gram, jika tidak mampu, jangan tidak simpan langsung, simpanlah walaupun sedikit, contohnya 1 gram sebulan.
Jadi semua golongan boleh mula menyimpan emas kerana kini amat mudah untuk mendapati emas dalam gram yang kecil seperti gold bar 1 gram dan barang kemas 1-5 gram. Tiada alasan tidak mampu membeli atau emas mahal. (Emas tidak pernah murah, dari dulu hingga kini).
Suatu hari nanti, bukankah bila Arif menjual emas simpanannya, katalah beberapa tahun akan datang, pada waktu itu harga emas sudah tinggi berbanding sekarang? Inilah yang saya katakan sebagai menyimpan sambil melabur juga secara tidak langsung.
"Orang yang melabur semata-mata boleh jadi dia kurang menyimpan emas, tetapi penyimpan emas boleh simpan sambil melabur". Jadi pilihan di tangan anda. :)

Subscribe to:
Comments (Atom)