Friday, 10 October 2014

Kenapa dengan memiliki emas, sampai mati pun takkan rugi?

Ada seorang penulis buku mengenai pelaburan logam memberitahu, "Pembeli emas dan perak yang mempunyai niat untuk menjadikan ia sebagai medium pelaburan tidak akan rugi, walaupun ketika itu harga emas sudah tinggi berbanding sebelumnya."

Tambahnya lagi, "Ini kerana harga kedua-dua emas dan perak ini sentiasa akan mengalami peningkatan setiap tahun. Bezanya adalah berapa banyak peratusan keuntungan yang mampu kita peroleh."





Kenyataan beliau menjelaskan betapa hebatnya kuasa pelaburan logam seperti emas dan perak. Dari sudut harga pembelian logam, jelas ia menunjukkan satu peningkatan yang drastik.

Namun begitu, jika kita membeli emas dan perak sekarang, tidak mustahil 12 bulan dari sekarang kita sudah mampu untuk mengaut keuntungan yang berlipat ganda. Malah nilai keuntungan itu jauh lebih lumayan berbanding menyimpan wang dalam bank semata-mata.